‘Belah Hati’ Lebih Bahaya Dari ‘Anak Metropolitan’ dan K-pop?

Bismillahirrahmaanirraheem…

Assalamualaikum Wr. Wb.

Baru-baru ini, video wanita bertudung dipeluk dan dicium artis lelaki Korea telah tersebar luas di media sosial. Ramai orang Islam marah, sedih dan kecewa dengan perbuatan itu. Saya juga turut bersedih melihat apa yang telah terjadi kepada masyarakat Islam kita pada zaman ini. Namun, adakah perlu kita tersentak dengan aksi seperti ini baru kita sedar bahawa ada ‘penyakit’ di kalangan masyarakat Islam kita yang semakin hari ‘wabaknya’ merebak bukan sahaja oleh  orang bukan Islam bahkan orang Islam kita sendiri!

Bagaimana kita ingin menyalahkan remaja-remaja ini sepenuhnya, sedangkan mereka adalah “mangsa” media massa Singapura dan Malaysia itu sendiri yang dipenuhi dengan unsur budaya dan pemikiran barat yang songsang? Jikalau santapan harian remaja kita adalah drama-drama seperti ‘Anak Metropolitan’ , ‘Belah Hati’ dan selainnya, maka kenapa kita hairan melihat mereka tidak lagi bijak menilai harga diri dan erti budaya?

belah hati

anak-metro-820x300

Jadi, apa kaitan ‘Belah Hati’ dan ‘Anak Metropolitan’ dengan anak dara orang yang bertudung dipeluk cium oleh lelaki Korea? Oleh kerana ‘Belah Hati’ adalah drama Suria yang terakhir saya tontoni, maka saya akan menggunakan drama ini sebagai contoh.

Tidak dapat dinafikan bahawa drama ‘Belah Hati’ mempunyai jalan cerita yang baik dan unik. Newsfeed facebook saya banyak dibanjiri dengan penonton ‘Belah Hati’ yang menyatakan mereka berasa tersentuh dan menangis menonton drama itu. Namun apa yang membimbangkan ialah unsur-unsur gejala sosial yang tidak ketara diselitkan dalam drama itu.

Berbeza dengan ‘Belah Hati’, penonton pada awalnya lagi sudah diberi amaran bahawa drama ‘Anak Metropolitan’ hanyalah suatu pengajaran yang harus diambil iktibar tentang apa yang terjadi pada sesetengah remaja pada zaman ini. Walaupun pada saya ia agak ekstrim, namun dengan senang kami boleh menyatakan pada anak-anak kami “Cerita ini hanya suatu pengajaran. Kalau tersalah memilih kawan, padah akibatnya nanti”. Namun, bagaimana harus kami nyatakan kepada anak-anak kami tentang pemikiran songsang  yang terdapat dalam drama ‘Belah Hati’?

InsyaAllah saya akan bentangkan satu persatu mengapa ‘Belah Hati’ lebih bahaya daripada ‘Anak Metropolitan’ dan K-pop.

1. ‘Clubbing’ untuk menghilangkan rasa kecewa.

Dalam satu babak apabila Farhana mendapat tahu Syafiq adalah abang kandungnya, dia menelefon kawan baiknya untuk membawanya clubbing. Kawannya terkejut kerana Farhana tidak pernah menjejak kaki di kelab. Adegan yang sangat sangat bahaya. Ini menunjukkan bahawa ia adalah perkara biasa untuk pergi ke kelab apabila dilamun perasaan kecewa. Tidak ada unsur keislaman langsung yang dipamerkan untuk menghilangkan rasa sedih dan kecewa.

Watak Farhana adalah seorang remaja wanita yang baik hati tetapi bila dilanda masalah, dia terus ke kelab untuk menghiburkan hatinya. Apakah itu yang ingin disampaikan kepada anak remaja kita? Bukankah hanya dengan mengingati Allah SWT, hati akan benar-benar menjadi tenang?

2. Bercinta sebelum nikah.

Bukan sahaja drama ‘Belah Hati’ berasaskan tentang cinta remaja. Malah, hampir kesemua drama-drama Melayu berasaskan cinta.  Apakah pengajaran yang dapat kita raikan daripada cerita cinta? Anak-anak kita melihat artis-artis remaja Islam berpegangan tangan dan mati-matian mengejar cinta monyet. Anak-anak kita berada di usia dimana mereka sedang mengalami perubahan hormon akan berasakan bahawa ia adalah perkara biasa untuk mencari cinta pada usia semuda itu, Memang benar cinta itu fitrah, tetapi haruskah kita menguruskan rasa cinta kita ini dengan berpacaran?

3. Lebih mengutamakan temanita dari ibu bapa.

Babak yang lain dari drama ‘Belah Hati’, apabila Syafiq mendapat tahu siapa ibu sebenarnya, dia tidak pulang ke rumah malam itu. Untuk memburukkan keadaan lagi,  dia menelefon temanitanya pada tengah malam untuk membawa baju untuknya. Apabila mereka berjumpa, Syafiq mengajak temanitanya untuk menemaninya malam itu. Dalam drama itu, mereka tidak melakukan maksiat (saya lupa jika mereka berpegangan tangan atau tidak) tetapi dalam dunia yang nyata, kami semua tahu ia tidak seindah dan semudah gitu. Bukankah Rasulullah SAW bersabda “Janganlah salah seorang dari kalian berdua-duan dengan seorang wanita, kerana syaitan akan menjadi ketiganya.” (Hadis Sahih Riwayat Ahmad & Tirmidzi)

Dalam drama ini, Syafiq lebih gemar melarikan diri dari rumah dari berdepan dengan ibu bapanya untuk menyelesaikan masalah. Bukankah melarikan diri ialah masalah sosial yang selalu dibangkitkan? Tetapi semudah itu adegan ini dipamerkan di kaca TV di mana ramai anak-anak remaja kita menontoninya. Sama seperti watak Farhana, watak Syafiq ialah seorang remaja yang baik, cukup menghormati ibunya dan sangat bijak. Tetapi bila dilanda masalah berat dengan keluarganya, dia melarikan diri dan mencari temanitanya untuk menjadi pendampingnya. Adakah ini caranya untuk menyelesaikan masalah apabila berlakunya masalah?

Dan yang terakhir bukan hanya khusus pada artis ‘Belah Hati’. Ianya termasuk semua artis-artis yang beragama Islam yang memain watak dalam adegan yang diluar batasan Islam. Dengan adanya sosial media, ia memudahkan anak-anak kita untuk ‘follow’ artis-artis ini apabila mereka berada di dunia yang sebenar. Kadang-kala artis-artis ini sendiri mempunyai kehidupan yang sama seperti di dalam drama. Mereka memiliki kekasih, mereka sering kali clubbing, mereka berpakaian seksi, pergaulan mereka tidak terbatas dan macam-macam lagi perkara yang tidak di dalam lingkungan pengajaran Islam. Jika kita tidak mengawal tingkah laku anak-anak kita, alamat besar kemungkinan artis-artis ini yang akan dijadikan sanjungan dan inspirasi.

Jadi, yang mana lebih bahaya? ‘Belah Hati’, ‘Anak Metropolitan’ atau lelaki Korea memeluk dan mencium wanita bertudung? Selagi kita mempunyai artis Islam yang sudah berkahwin tetapi apabila di dalam drama dia berpelukan bersama artis lain yang bukan muhrimnya, selagi cinta monyet adalah peranan utama dalam sebuah drama, selagi clubbing dianggap perkara biasa di dalam drama, saya rasa ‘penyakit’ di kalangan orang Islam kita tidak akan sembuh.

Setiap masalah ada jalan penyelesaiannya dan kita harus tangani masalah dari puncanya. Janganlah kita tertipu dan terus menjadi mangsa media massa.

WallahuAlam.

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s